Kuala Lumpur

Tarian Inang

Tarian Inang
Tarian Inang

Slideshow

Video

Thursday, December 8, 2011

Latar belakang dan Cara Persembahan Inang

Latar Belakang
Inang memberi pengertian sebagaipengasuh. Tarian Inang meberi gambaran bagaimana lembut dan sopan santunnya seorang wanita pengasuh. Penari lelaki merupakan pasangan untuk menggambarkan keserasian dalam kehidupan keluarga atau masyarakat.

Tempo pergerakan taria inang yang sederhana ialah 2/4 diselangi dengan paluan gong. Inang juga boleh ditarikan dengan pantas iaitu 4/4 berdasarkan irama masri. Lengok Tari Inang yang biasa ditarikan ialah Inang Selendang, Ayam didik, Tari Payung, Tari Sapu Tangan, Tari Lilin dan lain-lain bergantung kepada peralatan yng diragakan dalam tarian tersebut.

Cara Persembahan

Tarian Inang ditarikan secara berpasangan oleh penari lelaki dan wanita. Penari wanita memakai selndang dan berbaju kebaya dengan cucuk sanggul sementara lelaki memakai sepasang baju Melayu lengkap bersongkok dan bersamping. Pergerakan tariannya banyak tertumpu kepada bahagian tangan yang diangkat selaras bahu baik oleh lelaki atau wanita.

untuk mengetahui lebih lanjut tentang Tarian Inang serta Tarian , gambar dan alatan muzik, anda boleh lawati laman web link di bawah :


No comments:

Post a Comment

Share it

Twitter Bird Gadget