Kuala Lumpur

Tarian Inang

Tarian Inang
Tarian Inang

Slideshow

Video

Thursday, December 8, 2011

Latar belakang dan Cara Persembahan Inang

Latar Belakang
Inang memberi pengertian sebagaipengasuh. Tarian Inang meberi gambaran bagaimana lembut dan sopan santunnya seorang wanita pengasuh. Penari lelaki merupakan pasangan untuk menggambarkan keserasian dalam kehidupan keluarga atau masyarakat.

Tempo pergerakan taria inang yang sederhana ialah 2/4 diselangi dengan paluan gong. Inang juga boleh ditarikan dengan pantas iaitu 4/4 berdasarkan irama masri. Lengok Tari Inang yang biasa ditarikan ialah Inang Selendang, Ayam didik, Tari Payung, Tari Sapu Tangan, Tari Lilin dan lain-lain bergantung kepada peralatan yng diragakan dalam tarian tersebut.

Cara Persembahan

Tarian Inang ditarikan secara berpasangan oleh penari lelaki dan wanita. Penari wanita memakai selndang dan berbaju kebaya dengan cucuk sanggul sementara lelaki memakai sepasang baju Melayu lengkap bersongkok dan bersamping. Pergerakan tariannya banyak tertumpu kepada bahagian tangan yang diangkat selaras bahu baik oleh lelaki atau wanita.

untuk mengetahui lebih lanjut tentang Tarian Inang serta Tarian , gambar dan alatan muzik, anda boleh lawati laman web link di bawah :


Wednesday, December 7, 2011

Tarian Inang

Tarian Inang merupakan versi moden bagi tarian tradisional rakyat iaitu Tarian Mak Inang. Ia sering dipersembahkan di majlis-majlis sosial. Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo rebana, biola dan gendang. Semasa menari, para penari melambaikan sapu tangan yang berwarna-warni. Tarian versi lama iaitu Tarian Mak Inang. Tarian Mak Inang dicipta semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tarian ini amat terkenal pada masa dahulu sebagaimana ianya terkenal pada hari ini.

Tajuk lagu Mak Inang yang mengiringi tarian ini telah dititahkan ciptaannya oleh Sultan Mahmud Shah yang sangat gemarkan kesenian.

Arahan ini telah dikeluarkan oleh Sultan kepada ketua inang atau ketua dayang untuk diajar kepada para dayang bagi dipersembahkan kepada Sultan semasa majlis keramaian.Lagu dan tarian ini sungguh mempersonakan dan mempunyai kualiti persembahan istana.

Tarian ini juga dipanggil sebagai Tarian Si Kembang Cina.

Kini tarian Mak Inang yang juga dikenali sebagai Tarian Inang (versi moden tarian Mak Inang) dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian dan perkahwinan

Share it

Twitter Bird Gadget